Monday 5 February 2018

2.4 Peranan Tauhid sebagai Asas Pengurusan Islam



2.4.1 Konsep Tauhid

Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (2001), pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran Islam semestinya berteraskan konsep tauhid. Tauhid merupakan intipati ajaran Islam. Maka, tauhid bermakna hanya Allah SWT yang wajib disembah oleh manusia sejagat sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhluk-Nya. Kosnsep tauhid merupakan unsur penyerahan diri, tunduk serta kepatuhan manusia kepada Allah SWT bukan sekadar menerima sebahagian daripada ajaran islam dan menolak sebahagian yang lain. Hal ini bermakna setiap manusia ialah makhluk Allah SWT.

Manusia dengan Pencipta-Nya ( Hablun Minallah)

Manusia tidak boleh mengagung-agungkan inovasi-inovasii manusia berupa perundangan, adat-istiadat, teori-teori dan falsafah-falsafah yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri (Jiwa Mohd. Isa, 1998). Secara idealnya pula, seseorang itu tidak harus tunduk atau menurut perintah ketuanya ataupun mana-mana pihak sekiranya perintah jelas berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam.


Manusia dengan Manusia (Hablun Minannas)

Allah SWT menyeru manusia memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kerjasama antara mereka bagi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Hubungan manusia dengan manusia hendaklah berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan, toleransi, kasih sayang, persefahaman dan keadilan. Jika nilai-nilai ini diabaikan, masyarakat akan menjadi kucar-kacir, dipenuhi dengan syak wasangka, permusuhan dan perbalahan.
         Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan tentang makna dan intipati tauhid ini dengan sebenar-benarnya. Antaranya ialah:

(a) Tujuan Penciptaan Manusia


(b) Mendapat Keredhaan Allah SWT




2.4.2 Implikasi Tauhid terhadap Pengurusan
  1. Individu Muslim akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia akan menjadi seorang pekerja yang amanah, cekap dan berdisiplin. Dia melihat organisasi sebagai satu unit kecil daripada sistem alam semesta yang tujuan akhirnya adalah untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
  2. Melahirkan insan yang mempunyai harga diri (self-respect) dan keyakinan diri (self-esteem) yang paling tinggi. Dalam organisasi, individu seperti ini akan berani memperkatakan sesuatu yang hak dan benar, walaupun boleh menjejas kedudukannya. Namun demikian, sekiranya hal ini perlu dilakukan di hadapaa seorang ketua, maka hendaklah dilakukan dengan cara yang berhemah.
  3. Menjaga insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Seseorang itu tidak bersikap sombong, angkuh dan bongkak walaupun mempunyai kuasa yang tinggi di dalam organisasi. Sikap pekerja atau pengurus seperti ini akan dapat membentuk budaya kerja yang bercirikan semangat hormat-menghormati, prihatin dan tolong-menolong antara satu sama lain.
  4. Konsep tauhid akan menjadikan seseorang itu soleh, berani dan berdiri tegak dalam kebenaran. Individu tersebut mempercayai bahawa dirinya tidak akan menempah kejayaan melainkan mengikut segala perintaah Allah SWT. 
  5. Tidak akan mudah putus asa apabila musibah atau kegagalan
  6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
  7. Mewujudkan sikap aman, redha dan menjauhi sikap dengki, tamak halobah dan iri hati
  8. Melahirkan insan yang patuh pada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


2.4.3 Konsep Al-Istikhlaf

Istikhlaf ialah istilah arab yang bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah SWT dengan mengangkat manusia sebagai wakil (khalifah) dan pemegang amanahNya utnuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Dalam erti kata lain, istikhlaf merupakan satu prinsip yang jelas dan tegas untuk menzahirkan penugasan illahi keatas manusia, iaitu untuk menjadi pengurus dunia.


Prinsip istikhlaf seperti yang berikut:

1  Melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah

Maksudnya :
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang".

2  Memakmurkan bumi


Maksudnya :
"Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya".

2.4.4 Perbandingan amtara Pengurusan Islam dengan Barat



2.4.5 Contoh Model Pengurusan Zaman Rasulullah SAW




Model Pengurusan Dakwah Zaman Rasulullah SAW

Jangka masa 12 S.J. hingga 11H  (610-632M), merupakan zaman dakwah Rasulullah SAW. Sepanjang tempoh tersebut, Baginda melaksanakan tugas sebagai 'Rasulullah' yang dilantik oleh Allah SWT dengan penuh amanah dan tanggungjawab bagi menyebarkan dakwah Islamiah di dunia. 
Perancangan pengurusan pergerakan dakwah Islamiah Baginda terbahagi kepada dua iaitu;

1. Perancangan sebelum hijrah
  • Menyampaikan dakwah Islamiah secara rahsia selama tiga tahun bermula dari keluarga terdekat yang dikenali sebagai ' as-sabiqun al-awwalun '.
  • Pemilihan rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam sebagai pusat organisasi pengurusan Rasulullah SAW.
  • Menyampaikan dakwah Islamiah secara terbuka dan terang-terangan kepada penduduk kota Mekah.
2. Perancangan selepas hijrah
  • Mendirikan masjid.
  • Mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar menggunakan ikatan iman.
  • Menjamin keselamatan umat Islam dan agama Islam itu sendiri.

Sifat Rasulullah sebagai Seorang Pemimpin Termasyur

Rasulullah merupakan seorang pemimpin yang patut dijadikan contoh atau model bagi sesebuah organisasi Islam. Antara sifat-sifat Rasulullah SAW sebagai seorang pemimpin adalah;

1. Amanah dan bertanggungjawab

Menurut Mustafa (1994), setiap jawatan yang disandang oleh seseorang dari peringkat tertinggi hingga peringkat terendah di dalam sesebuah organisasi dan pengurusan Islam, adalah sebagai amanah dan bertanggungjawab.

2. Adil, benar dan cekap

Dasar dan ciri utama pengurusan yang dilaksankan oleh Raulullah SAW ialah keadilan, kebenaran dan kecekapan. Semua pegawai pengurusan yang dilantik merupakan yang terbaik akhlaknya, ungguk peribadinya dan orang-orang yang terawal memeluk Islam.


Model Pengurusan Masa Rasulullah SAW

Pengurusan masa yang baik dan berkesan merupakan asas yang baik dalam pembentukan sikap yang positif dalam kalangan kakitangan organisasi untuk melaksanakan kerja dengan cepat dan menepati masa yang ditetapkan. Pengurusan masa yang baik mampu menghindar atau mengatasi masalah tekanan kerja sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti tugas. Berikut adalah antara cadangan pengurusan masa yang berkesan.