Monday 5 February 2018

2.1 Konsep Pengurusan Islam




Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (2001), pengurusan Islam ialah satu proses mengurus menggunakan kemahiran, kebolehan dan kepakaran dengan menggunakan segala sumber alam sama ada berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah, berpandukan prinsip-prinsip Islam, dirancang dan dilaksanakan oleh pengurus dalam sebuah organisasi. Manakala, Affendi Hassan (1990) dalam Rasid et al. (2011) pula berpendapat bahawa pengurusan Islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan dan kawalan dan sebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam Islam.