Monday 5 February 2018

2.3 Pengertian dan Proses Pentadbiran



2.3.1 Pengertian Pentadbiran

Menurut Kamus Dewan(2005),pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat,kerajaan dan lain-lain lagi.Dengan kata lain, pentadbiran ialah suatu perlakuan untuk mengurus sebagai ejen dalam hal ehwal fungsi pemerintahan.Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap.
Muhammad A. Al-Buraey(1986) menerangkan perkataan pentadbiran diambil daripada bahasa Latin , iaitu ADMINISTRARE bermaksud pengurus.Pentadbiran didefinisikan sebagai mengurus manusia untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan.


2.3.2 Proses Pentadbiran

  1. Penentuan tujuan yang hendak dicapai ,yang sifat,skop dan bentuk tujuannya akan menentukan kegiatan yang seterusnya.
  2. Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan ,iaitu yang mencakupi tujuan akhir ,strategi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan .
  3. Perumusan polisi ,iaitu pimpinan organisasi yang bertanggungjawab untuk merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah-langkah awal ke arah perlaksanaan.
  4. Pengambilan keputusan yang merupakan satu proses yang penting dalam pentadbiran .
  5. Perlaksanaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan yang selajutnya dilaksanakan atau dengan kata lain disebut sebagai fungsi pengurusan seperti perancangan,pengendalian motivasi dan sebagainya.
  6. Penilaian semula atau bedah siasat yang membolehkan pengukuran dan perbandingan daripada kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran yang telah ditetapkan sebelumnya.
  7. Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas yang merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali perjalanan organisasi ,perumusan polisi baharu,perancangan semula,memperbaiki sistem pengurusan dan sebagainya.